AKTIVITI MENARIK


 
DANGA BAY

Satu tempat menarik di Johor pada waktu malam yang boleh dilawati ketika berada di Johor Bahru. Di sini terdapat restoran, tempat membeli kerepek, asam dan lokasinya di tepi selat menawarkan pemandangan yang cantik. Anda boleh melihat bandaraya Singapura yang berada di seberang Selat Tebrau. Di sini juga terdapat taman permainan ala-ala taman tema yang sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.


DESARU FRUIT FARM

Ladang di Desaru yang sebesar 100 ekar menempatkan pokokbuah tropika dan tanaman sayuran lebih daru 100 jenis. Anda juga boleh membeli buah dan mempelajari dengan lebih mendalam tentang penanaman pokok-pokok buahan tempatan di sini.


 
ISTANA BUKIT SERENE

Merupakan Istana kediaman Sultan Johor dan dijaga ketat oleh Johor Military Force. Walaupun ianya tidak dibuka untuk umum, namun sering menjadi tumpuan sering menjadi tumpuan pelancongan untuk mengambil gambar istana yang cantik ini. Anda boleh membeli buah dan mempelajari dengan lebih mendalam tentang penanaman pokok-pokok buahan tempatan di sini.


KLUANG COFFE POWDER FACTORY

Destinasi untuk mereka yang nak melihat sendiri bagaimana proses memanggang, grinding dan proses membungkus. Pengunjung juga boleh membeli kopi segar sebagai cenderhati dari Johor.


BP WALK (BATU PAHAT WALK)

Satu tempat menarik di Batu Pahat yang mempunyai banyak cafe dan kedai makan yang meriah pada waktu malam sehingga pagi. Bagi warga Batu Pahat, di sinilah tempat paling seronok kalau nak tengok siaran perlawanan bola sepak sambil makan makanan yang seap di sini iaitu sup, sate dan mee rebus.


PUTERI HABOUR MARINA


Merupakan sebuh waterfornt yang sangat moden dan juga terdapat plabuhan yang menempatkan banyak kapal-kapal layar dari seluruh dunia. Sesuai untuk bersantai sambil mengambil gambar dengan panoramanya yang cantik. Terdapat juga Club House di mana anda boleh minum-minum kopi di dalam cafenya.

No comments:

Post a Comment