TEMPAT BERSEJARAH DAN MUZIUM


MUZIUM DIRAJA ABU BAKAR

Merupakan bangunan yang tertua di Johor yang telah dibina pada tahun 1866. Sebelumnya, bangunan ini merupakan Istana bagi Sultan Johor sebelum ianya ditukar menjadi sebuah muzium pada tahun 1892. Muzium ini dipenuhi dengan pelbagai maklumat dan artifak yang sangat bersejarah mengenai keluarga Diraja Johor.



MUZIUM KOTA TINGGI

Merupakan kompleks bangunan 2 tingkat yang telah dirasmikan oleh D.Y.A.M Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar pada tahun 2004. Muzium ini dikunjungi oleh segenap lapisan masyarat dalam dan luar negara untuk mengatahui mengenai sejarah Kota Tinggi, sesuai dengan fungsinya sebagai pusat penyimpanan dan penyebaran maklumat sejarah.



 
MUZIUM WARISAN TIONG-HUA JOHOR BAHRU

Juga dikenali sebagai Chinese Heritage Museum dan merupakan sebuah galeri yang menempatkan informasi dan bahan bersejarah tentang perkembangan sistem kanchu, budaya masyarakat cina serta peranakan menjadikan tanaman lada hitam sebagai komoditi terpenting di dalam sejarah awal Johor moden.


 
MUZIUM NANAS

Terletak di Pontian yang mengambil masa lebih kurah satu jam perjalanan dari Johor Bahru. Di sini, pengunjung berpeluang melihat sejarah warisan nanas dan proses penghasilan produk daripada nanas. Selain daripada pelbagai informasi berkaitan dengan sejarah nenas di galeri ini, anda juga boleh membeli produk yang dibuat dengan nanas disini seperti jem nanas dan jus nanas.


BANGUNAN SULTAN ISMAIL

Sebuah bangunan yang dibina oleh kolonial British pada tahun 1940 sebagai pusat pentadbiran.Bangunan ini juga merupakan bangunan tertinggi di Malaya semasa zaman sebelum Merdeka. Bangunan ini terkenal kerana senibinanya yang menggabungkan kolonial serta Malayu dengan senibina Saracenic dan menara menjadikannya sebagai mercu tanda di Johor Bahru.

No comments:

Post a Comment