TARIKAN ALAM SEMULAJADI



TANJUNG PIAI, PONTIAN

Merupakan taman paya bakau yang kaya dengan tumbuhan dan hidupan paya bakau. Di sini terdapat platform kayu yang dibina untuk memudahkan pengunjung berjalan kehujungnya di tepi laut. Titik penghjung ini merupakan satu kawasan yang paling selatan di Semenanjung Malaysia.


TAMAN NEGARA ENDAU-ROMPIN

Merupakan taman hutan lipur atauhutan simpan yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Taman Negara. Taman negara ini kaya dengan hidupan flora dan fauna serta batuan yang berusi jutaan tahun.


AIR TERJUN KOTO TINGGI

Sebuah air terjun yang boleh dikatakan paling terkenal bagi warga Johor Bahru dan juga warga Singapura. Air terjun ini menempatkan pelbagai kemudahan asas yang lengkap untuk pengunjung serta kolam buatan dan gelongsor air untuk kanak-kanak.


GUNUNG LEDANG

Sebuah gunung yang penuh dengan cerita misteri dan menjadi salah satu destinasi untuk mereka yang suka mendaki, Terletak berhampiran dengan sempadan Negeri Malaka dan di kaki bukitnya terdapat tarikan pelancong ain seperti air terjun, kemudahan resort dan kem motivasi.


AIR TERJUN GUNUNG LEDANG

Sebuah air terjun yang terletak berhampiran dengan sempadan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Bagi pelancong yang ingin ke sini, pelancong perlu pergi k Gunung Ledang Resort dahulu sebelum berjalan kakike lokasi air terjun.


TAMAN REKREASI TASIK Y


Sebuah taman rekreasi yang terletak di Batu Pahat untuk riadah bersama keluarga. Taman ini mempunyai kemudahan seperti laluan pejalan kaki berbata, pondok rehat, taman permainan, replika dinasour dan juga gerai-gerai makanan.


GUNUNG LAMBAK

Satu destinasi untuk aktiviti mendaki dan jungle tracking di Kluang, Johor. Gunung ini mempunyai beberapa denai yang disedikan khas untuk pendaki.


ZENXIN ORGANIC PARK

Satu taman organik kecil yang menempatkan tumbhan herba dan pokok-pokok buahan seperti buah naga. Selain itu, terdapat juga kolam ikan dan sangkar arnab. Taman ini sesuai sebagai destinasi sambil belajar untuk anak-anak.


 
TAMAN AWAM HUTAN BANDAR

Sebuah taman rekreasi di Johor Bahru yang sesuai untuk aktiviti outdoor bersama keluarga. Antara kemudahan yang ada di sini ialah taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, medan selera dan tasik.


HUTAN LIPUR GUNUNG PULAI

Tarikan hutan lipur di Bukit Nenas yang sesuai untuk aktiviti jungle tracking ataupun mendaki. Di atas bukit ini terdapat sebuah air terjun yang cantik dan pengunjung boleh melalui laluan pejalan kaki yang tersedia. Tempat ini sering menjadi tumpuan keluarga untuk beriadah dan mandi air terjun terutamanya di bahagian kaki bukit.


TAMAN NEGARA JOHOR TANJUNG PIAI
Merupakan sebuah kawasan paya bakau yang mempunyai haiwan-haiwan seperti monyet, pelbagai spesis burung dan juga ketam nipah. Di sini terdapat platform pejalan kaki bagi memudahkan pengunjung melawat paya bakau di sini.


TAMAN MERDEKA

Tempat rekreasi dan jogging bagi warga kota Johor Bahru di waktu pagi dan petang. Sesuai juga untuk beriadah bersama keluarga dan pemandangan di sini sangat cantik terutamanya pada waktu malam kerana ada air pancut berwarna warni di tngah tasiknya.


PANTAI AIR PAPAN MERSING


Pantai peranginan yang cantik yang sesuai untuk mereka yang inginkan percutian tepi pantai. Terdapat beberapa chalet dan resort bagi pengunjung yang ingin menginap di sini seperti Sri Mersing Resort Air Papan, Fishing Bay Resort dan Teluk Godek Beach Resort.

No comments:

Post a Comment