TEMPAT SHOPPING


CITY SQUARE JB

Sebuah shopping mall yang moden dan menempatkan pelbagai kedai yang menjual pelbagai barangan dalam pelbagai ategori. Shopping mall ini juga terdapat foodcourt yang sering menjadi pilihan bagi mereka yang berada di sini untuk makan-makan.


KOMTAR JBCC SHOPPING MALL

Shopping mall atau plaza yang besar dan menempatkan banyak lot kedai, foodcourt yang sangat menarik. Barang-barang yang terdapat di plaza ini terdiri daripada pelbagai barangan dari yang berjenama hinggalah biasa-biasa sahaja. Restoran yang ada di dalam plaza ini juga menyediakan pelbagai pilihan makanan tradisional Johor.


BAZAAR JOHOR (BAZAAR KARAT)

Sebuah pasar malam di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, barangan antik, perhiasan wanita, lelaki dan juga kanak-kanak serta macam-macam lagi. Bazaar ini juga merupakan salah satu tempat yang menarik dan happening di waktu malam terutamanya di hujung minggu.


JOHOR PREMIUM OUTLET (JPO)

Satu tempat menarik untuk membeli belah yang terletak di Kulai dan bersebelahan dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Shopping mall ini menempatkan banyak lot kedai yang menjual pakaian berjenama seperti LV, Couch, Adidas dan sebagainya. Tempat ini sering dipenuhi pengunjung terutamanya ketika ada SALE !


Selain daripada tempat-tempat yang disebutkan ini, terdapat banyak lagi tepat yang menarik untuk anda berkunjung untuk membeli belah seperti KSL City, Holiday Plaza, Plaza Pelangi, Galeri Kotaraya, IOI Mall, Leisure Mall, Plaza Angsana, Perling Mall, Sentosa Mall, Sutera Mall, Medini Mall,Skudai Parade dan Danga City Mall.

No comments:

Post a Comment