TAMAN TEMA DAN HIBURAN


 
LEGOLAND MALAYSIA RESORT

Sebuah resort dan tempat pelancongan yang paling terkenal yang terletak di Nusajaya, Johor. Di sini menempatkan banyak hiburan dan permainan yang sesuai untuk kanak-kanak. Selain itu,terdapat juga taman tema air yang menjanjikan permainan dan gelongsor air yang sangat seronok.


WET WORLD BATU PAHAT VILLAGE RESORT

Sebuah taman tema air yang terkenal sebelum munculnya Legoland Malaysia Resort. Ia menempatkan tarikan permainan dan gelongsor air yang sesuai untuk belia dan juga kanak-kanak.


PUTERI HARBOUR INDOOR THEME PARK

Terletak di Nusajaya dan hanya beberapa minit dari Legoland Malyasia Resort. Ia merupakan taman tema indoor yang khas untuk kanak-kanak yang terdiri daripada 3 tarikan utama iaitu The Little Big Cup, Sanria Hello Kitty Town dan restoran bertema kanak-kanak, Lat’s Place. Tempat yang sesuai untuk menghabiskan masa dengan  anak-anak sambil makan.


KUSO TRICK ART GALLERY

Galeri yang menempatkan lukisan-lekisan mural 3D yang sangat menarik untuk dilawati. Lukisan hidupnya nampak seakan realistik kalau anda pandai menambil gmbar dari sudut dan posisi yang betul.


ANGRY BIRD INDOOR THEME PARK

Merupakan sebuah taman permainan kanak-kanak indoor yang baru dibuka pada Oktober 2014 dan berada di aras 3 shopping mall Komtar JBCC. Antara permainan yang ada di sini ialah trampolin, foam pit, trek basikal kanak-kanak dan sebagainya. Satu tempat yang sesuai untuk datang bersama dengan anak-anak kecil.


DINASOUR ALIVE WATER THEME PARK

Sebuah kolam kecil di KSL Hotel & Resort yang dikelilingi dengan 2 patung replika dinasour dan juga gelongsor air kecil untuk kanak-kanak. Mungkin satu destinasi yang biasa-biasa yang juga boleh anda temui di tempat lain.

1 comment:

  1. Harrah's Cherokee Casino & Hotel - Mapyro
    Search for 양주 출장안마 hotels near Harrah's Cherokee Casino & Hotel 보령 출장안마 in 포천 출장안마 Cherokee, NC. 777 Harrah's Rincon 부천 출장안마 Way Cherokee, NC 경상북도 출장샵 28719, US.

    ReplyDelete