TARIKAN ZOO DAN TAMAN HAIWAN


 
ZOO JOHOR

Zoo di Jalan Gertak Merah terletak berdekatan dengan Masjid Abu Bakar dn merupakan salah satu zoo yang tertua di Malaysia yang dibina pada tahun 1928. Terdapat lebih 100 spesis haiwan dalam dan luar negara termasuk spesis yang telah dirancam kepupusan yang berada di zoo ini.


LADANG BURUNG UNTA

Tarikan haiwan yang sangat unik yang berada di Pengarang ini menempatkan burung-burung unta dan beberapa aktiviti menarik untuk dicuba seperti menunggang burung unta, melihat burung unta yang besar, belajar proses penetasan burung unta dan memberi makan burung unta. Semestinya yang paling seronok adalah anda berpeluang mencuba telur dadar burung unta dan sate unta di sini.


TAMAN BUAYA TELUK SENGAT

Sebuah taman buaya yang terletak di Kota Tinggi yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dan telah berpeorasi sejak tahun 1979. Ada beberapa ekor buaya yang saiznya sangat besar dan berusia hampir 100 tahun.


UK AGRO RESORT / FARM


Sebuah ladang biri-biri dan kambing yang terbesar di Malaysia yang menjadi tarikan agro pelancongan dan sesuai untuk dikunjungi ketika lawatan sekolah atau untuk pelancongan yang ingin lebih mengenali budaya penternakan di Malaysia. Di sini juga terdapat resort untuk penginapan dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan selain melihat kambing dan kambing biri-biri ialah memanah, menunggang kuda dan melawat ladang cendawan.

No comments:

Post a Comment