PULAU DAN PANTAI


 
PANTAI DESARU

Tempat peranginan tepi pantai yang popular di kalangan warga Johor dan juga Singapura. Ia terletak lebih kurang 88km timur dari Johor Bahru, di Laut China Selatan. Mempunyai hotel dan resort yang sesuai untuk percutian bersama keluarga. Aktivit seperti parasailing, jetski, dan kereta kuda juga ada di sini.


PANTAI STULANG LAUT

Pantai rekreasi yang hannya beberapa kilometer dari bandar Johor Bahru yang sangat sesuai sebagai tempat santai di tepi laut untuk makan malam seafood di restoran-restoran yang terdapat di sekitarnya.


 
PANTAI LIDO

Pantai ini terkenal di bandaraya Johor Bahru sebagai pusat rekreasi laut. Pantai ini menghadap laut Selat Tebrau dan kelihatan cahaya bersinar-sinar dari Singapura pada waktu malam. Tempat ini sesuai sebagai tempat untuk mereka yang inginkan suasana yang santai.


TELUK MAHKOTA

Pantai yang berteluk dan juga dikenali dengan Jason Bay ini mengadap Laut China Selatan. Sekiranya anda inginkan satu tempat bercuti tepi pantai yang tidak sibuk dengan pengunjung, di sinilah salah satu tempatnya di Johor. Beberapa penginapan juga turut ada di sini seperti Tanjung Sutera Resort, Jason Bay Resort dan Mutiara Motor Resort.


PULAU SIBU

Pulau kecil yang membolehkan anda untuk bercuti dan melakukan aktiviti riadah air seperti snorkeling atauun menyelam. Pulau Sibu ini terdiri daripada beberapa pulau lain seperti Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung Island.


PULAU RAWA

Sebuah pulau yang terletak di Mersing yang terkenal dengan keindahan hidupan marin dan terumbu karangnya. Destinasi terbaik untuk anda yang suka snorkling dan juga scuba diving. Aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan ialah wind surfing, berkayak dan juga berkanu. Antara tempat menginapan yang ada di sini adalah Le Club Resort dan Rawa Island Resort.


PULAU DAYANG

Sebuah pulau yang terdiri daripada Pulau Aur, Pulau Pinang, Pulau Besar dan Pulau Pemanggil. Pulau ini merupakan destinasi terkenal untuk mereka yang mahu melalukan aktiviti skuba diving kerana hidupan marin di sini sangat banyak dan mudah untuk menjumpai ikan seperti jerung, paus ataupun ikan pari kerana kawasan pulau ini berhadapan dengan laut lepas.


PULAU AUR

Pulaunya lebih besar berbanding pulau yang berada di sebelahnya seperti Pulau Dayang dan Pulau Pemanggil. Pulau ini juga mempunya tempat penginapan dan debuah destinasi yang bagus untuk melakukan aktiviti seperti snorkling dan skuba diving.


PULAU PEMANGGIL
Selain terkenal dengan aktiviti yang menarik untuk 
dilakukan di pulau, pulau ini juga terkenal di kalangan pemancing laut dalam. Di bahagian tengah pulauini terdapa kawasan berbukit dan berhutan untuk aktiviti darat seperti jungle tracking ataupun bercamping. Antara resort yang paling terkenal di pulau ini adalah Lanting Beach Resort.


PULAU KUKUP

Pulau yang jaraknya hanya 1km dari tanah besar Johor dan merupakan pulau yang dipenuhi dengan hutan paya bakau dan spesis-spesis haiwan paya bakau. Pulau Kukup juga merupakan antara hutan paya bakau yang terbesar di dunia yang masih kekal asli. Pengunjung boleh ke sini dengan menaiki bot dari Jeti Kukup.


PANTAI MINYAK BEKU

Sebuah pantai di Batu Pahat yang lebih untuk selesa untuk bersantai dan melepak bersama kawan-kawan dan keluarga. Di sini juga terletaknya sebuah perigi yng dipercayai dipahat oleh tentera siam dan juga yang percaya ianya dipahat oleh Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya. Oleh sebab telaga ini yang berpahat maka terbitlah nama daerah Batu Pahat.


PULAU BESAR

Pulau yang juga dikenali dengan nama Pulau Babi Besar dan bersebelahannya terdapat dua pulau kecil iaitu Pulau Tengah dan Pulu Hujong. Pulau ini telah digazetkan sebagai taman marin oleh Kerajaan Johor untuk mengekalkan kehidupan marin di sini. Pulau ini juga terkenal sebagai tempat penyu (Giant Leatherback) untuk bertelur.


PULAU TENGAH

Pulau ini merupakan pulau yang tidak berpenghuni. Ia memakan masa 1 jam perjalanan menggunakan bot dari bandar Mersing,. Ia terletak kira-kira 16km di luar pantai Pulau Besar. Pulau ini adalah lokasi pertama untuk pengambaraan rancangan Expedition Robinson. Pada tahun 1985, Pulau ini telah diwartakan sebagai taman laut kerana ia merupakan habitan bagi ikan yang jarang ditemui, terumbu batu karang dan juga penyu belimbing gergasi mendapat untuk bertelur sepanjang bulan Julai setiap tahun.


PULAU HUJONG


Pulau yang terkecil di antara pulau jirannya iaitu Pulau Besar dan Pulau Tengah. Pulau Hujong mempunyi perairan yang cantik seperti pulau bersebelahanya untuk aktiviti snorkeling atau menyelam, namun sayangnya tiada tempat penginapan untuk pengunjung yang bercuti disini.

No comments:

Post a Comment